Friday, February 25, 2011

Bincangkan bentuk agama dan kepercayaan masyarakat Arab pada zaman Jahiliyah.

Pengenalan
1. Zaman sebelum kedatangan Islam dikenali sebagai zaman Jahiliah, iaitu bermula dari tempoh keruntuhan empangan maarib sehingga zaman sebelum Nabi Muhammad menjadi Rasul.
2. Ciri-ciri masyarakat Jahiliah ini tidak mempunyai nabi dan rasul serta kitab suci sebagai panduan.
3. Nabi Muhammad s.a.w menerima wahyu yang pertama pad 610 M. Perkataan Jahiliah yang bererti bodoh menepati ciri-ciri masyarakat pada tempoh masa tersebut dalam semua aspek kehidupan.
4. Kepercayaan masyarakat Jahiliah terbahagi kepada 2 iaitu, kepercayaan agama dan kepercayaan adat. Kepercayaan agama ialah bentuk-bentuk agama yang diamalkan oleh bangsa Arab, sementara kepercayaan adat lebih merupakan kepercayaan tahyul dan tradisi lama yang diwarisi.
5. Kepercayaan adat tidak mempunyai konsep penyembahan sebaliknya membentuk sebahagian daripada budaya hidup mereka.

Isi-isi penting
Kepercayaan agama terbahagi dua iaitu Agama Samawi (Agama langit) yang diturunkan oleh Allah melalui nabi-nabi dan mempunyai kitab, dan agama ardhi (agama ciptaan) yang direka oleh manusia sendiri.

1. Agama Wathani
Majoriti masyarakat Jahiliah menganut agama wathani, iaitu agama sembah berhala yang diperbuat daripada batu, kayu atau emas. Sesetengah Arab percaya berhala dapat memberikan manafaat dan mudarat, mempunyai keberkatan dan sebagainya. Terdapat 360 buah berhala disekeliling kaabah. Antara yang popular ialah Al-Uzza, Al-Manat, dan Al-Hubal.

2. Agama Yahudi
Agama yang dianuti oleh masyarakat Arab sebelum Islam. Agama ini dibawa oleh Nabi Musa serta mempunyai kitab suci, iaitu kitab Taurat. Walau bagaimanapun golongan Bani Israel telah mengubah kandungan kitab ini demi kepentingan peribadi sehingga agama ini dianggap syirik kerana menduakan Allah.

3. Agama Nasrani
Agama ini juga telah diselewengkan oleh golongan pendeta agama tersebut. Meskipun Allah telah menurunkan kitab Injil kepada Nabi Isa, namun penganut agama ini telah mengubah kandungan asalnya. Penganut agama asal agama Nasrani dikenali dengan gelaran ahli kitab.

4. Agama Majusi
Agama ini juga digelar Zoroaster dan berasal dari Farsi. Mereka menyembah matahari dan api. Pendeta-pendeta Majusi menyembah matahari 4 kali dalam satu hari. Agama ini banyak mengandungi cerita khayal dan turut menghalalkan perkahwinan ibu dengan anak serta adik beradik.

5. Agama Hanif
Agama yang diturunkan kepada Nabi Ibrahim. Penganutnya digelar Hunafa”. Agama ini tidak mempunyai kitab tetapi suhuf. Agama ini mentauhidkan Allah sebagai Tuhan yang Esa. Antara tokoh yang menganut agama ini ialah Waraqah bin Naufal dan Nabi Muhammad s.a.w sendiri.

6. Agama penyembahan Cekarawala
Mereka menyembah matahari, bulan dan bintang serta beranggapan semua cekarawala merupakan sumber tenaga dan kekuatan.

7. Agama Penyembahan Makhluk Halus ( Polydemonisme)
Mereka menyembah malaikat, Jin, roh nenek moyang dan sebagainya. Makhluk makhluk ini dianggap mempunyai kuasa ghaib dan boleh menjadi perantaraan dengan Tuhan, dan menjamin keselamatan mereka.

8. Penyembahan Tuhan Padang Pasir.
Penganutnya digelar Ahl-al-Saf ( ‘ahlil-saf’ ). Mereka percaya bahawa padang pasir wujud tetapi tidak pernah ditemui. Amalan mereka membawa api pada waktu malam dan berjalan-jalan di tengah padang pasir sambil menyanyi.

9. Kepercayaan Animisme
Mereka menyembah objek-objek alam sekeliling seperti pokok, mereka percaya air dan pokok merupakan sumber kehidupan dan padang pasir yang kering sebagai tempat kediaman tuhan yang jahat.

10. Kepercayaan tahyul
Kepercayaan tangkal azimat:
a. Roh orang mati menjadi burung.
b. Percaya kepada ahli nujum.
c. Percaya kepada ahli sihir.
d. Percaya kepada binatang yang melintas di tengah-tengah perjalanan- Jika ke kiri membawa kepada keburukan, manakala ke kanan akan membawa kebaikan.
e. Mengorbankan anak perempuan merupakan perbuatan yang mulia.
f. Mengikat tali pada mana-mana pokok, jika ikatan terlerai sekembalinya suami dari perantauan, ini bermakna isterinya telah berlaku curang.

Kesimpulan
Masyarakat Jahiliah tidak mempunyai peraturan hidup yang jelas, sebaliknya menurut hawa nafsu semata-mata.


Bandingkan ciri-ciri masyarakat Arab pada zaman Jahiliyah dengan masyarakat Islam pada zaman Nabi Muhammad s.a.w. di Madinah.

A. Pengenalan :

1. Zaman jahiliah merujuk kepada masyarakat di Semenanjung Tanah Arab. Mereka hidup dalam zaman kegelapan tanpa berpandukan ajaran wahyu dan mengamalkan nilai akhlak yang buruk. Zaman ini berlaku 300 tahun sebelum kelahiran Nabi Muhammad s.a.w. iaitu bermula daripada kejatuhan empangan Maarib sehingga kedatangan Islam.
2. Nabi Muhammad dan orang Islam telah berhijrah ke Madinah pada 622 M. Di Madinah Nabi Muhammad telah dilantik sebagai ketua negara dan mengasaskan pemerintahan negara Islam yang pertama.
3. Kedatangan agama Islam telah membawa perubahan yang besar ke atas masyarakat Arab terutama masyarakat di Madinah.

B. Isi : ( Isi mesti menunjukkan perbandingan )

1. Kepercayaan / Agama :
a. Majoriti masyarakat Arab Jahiliah menganut agama menyembah berhala dengan menganggap berhala sebagai perantaraan antara manusia dengan Tuhan. Pada masa ini Mekah berperanan sebagai pusat penyembahan berhala. Agama lain yang dianuti ialah ajaran animisme, majusi, nasrani dan yahudi. Masyarakat pada masa ini juga terikat dengan kepercayaan karut. ( Berikan contoh )
b. Masyarakat Islam pada zaman ini mempunyai keimanan yang kukuh. Orang Ansar secara rela telah memeluk ajaran Islam. Nabi telah melantik guru-guru agama untuk memperkukuhkan akidah dan amalan mereka. Di samping itu, nabi telah menjalankan dasar kebebasan beragama terutama ke atas masyarakat Yahudi dan mereka diberi kebebasan beribadat. Majoriti golongan Arab Madinah menerima agama Islam.

2. Hubungan Masyarakat / Sosial :
a. Masyarakat Jahiliah hidup terpisah dalam kabilah dan bani masing-masing. Setiap individu mempunyai ketaatan (semangat assabiyyah) kepada kabilah dan sangat prejudis kepada kabilah yang lain. Semangat ini juga menyebabkan mereka memihak kepada kabilah tanpa mengira sama ada mereka berada dalam keadaan benar atau salah. Ini telah menimbulkan masalah permusuhan antara kabilah berleluasa.
b. Masyarakat Islam Madinah berjaya membentuk sebuah masyarakat ummah Islamiyah tanpa mengira kaum dan suku. Kesetiaan kepada kaum tidak lagi wujud dan digantikan dengan ikatan persaudaraan Islam. Contohnya Nabi berjaya mempersaudarakan orang Ansar dengan Muhajirin.

3. Peperangan :
a. Permusuhan antara suku atau kabilah telah membawa peperangan di kalangan masyarakat Arab Jahiliah. Peperangan ini dikenali sebagai Ayyamul Arab. Perang balas dendam sering berlarutan. Contohnya Perang Al-Basus berlarutan selama 40 tahun.
b. Persaudaraan Islam telah berjaya menamatkan permusuhan di kalangan golongan Ansar iaitu suku Aus dan Khazraj. Sebelum memeluk Islam mereka terlibat dalam peperangan Al-Buath kerana merebut kepimpinan kota Madinah.Peperangan yang wujud di zaman Islam merupakan satu langkah mempertahankan agama, masyarakat dan negara Islam daripada ancaman musuh terutama serangan orang Quraisy Mekah dan pengkhianatan orang Yahudi.

4. Kelas Masyarakat :
a. Masyarakat Jahiliah mementingkan kelas dalam masyarakat. Golongan bangsawan merupakan golongan tertinggi dan dipandang mulia. Dalam masyarakat Arab Jahiliah amalan perhambaan berlaku secara meluas. Mereka tidak mempunyai hak ke atas diri sendiri. Mereka dikehendaki berkhidmat kepada tuan mereka. Perdagangan hamba berlaku secara meluas. Kekejaman ke atas para hamba berlaku sekiranya para hamba tidak mengikut kehendak mereka.
b. Dalam masyarakat Islam menitik beratkan konsep persamaan taraf.Semua manusia dianggap sama taraf di sisi Allah. Kemuliaan manusia berdasarkan kepada ketakwaannya kepada Allah. Manusia tidak dibezakan mengikut kekayaan atau pangkat mereka.

5. Kedudukan Wanita :
a. Masyarakat Arab Jahiliah memandang rendah kepada golongan wanita. Fungsi mereka hanyalah sebagai alat kepada kaum lelaki. Mereka dianggap sebagai barang dagangan dan ada di kalangan mereka yang kematian suami, menjadi rebutan anak-anak lelaki suami mereka. Keadaan ini menyebabkan suku bani Tamim telah menanam bayi perempuan bagi mengelakkan mereka dipandang rendah.
b. Nabi mengajar masyarakat Islam di Madinah memandang mulia golongan wanita. Mereka perlu dipelihara maruah dan kebajikan mereka. Kaum wanita memainkan peranan yang sama pentingnya dengan goIongan lelaki.

6. Akhlak :
a. Masyarakat Arab Jahiliah mengamalkan nilai akhlak yang buruk seperti berzina, melacur, membunuh, minum arak dan berjudi. Nilai ini telah sebati dengan kehidupan mereka.
b. Islam menekankan akhlak yang mulia.Bermula dengan perjanjian Al-Aqabah I, masyarakat Madinah berjanji tidak akan menipu, berzina, dan membunuh. Nabi berjaya mengikis segala amalan akhlak yang buruk di kalangan orang Islam di Madinah.

7. Politik :
a. Sistem politik dan pentadbiran adalah tidak seragam. Kerajaan yang wujud lebih bersifat monarki dan terletak di bawah kuasa asing seperti Parsi dan Rom. Masyarakat golongan Badwi mengamaIkan sistem politik kabilah masing-masing. Sementara itu masyarakat kota Mekah menjalankan sistem politik kabilah.
b. Kerajaan Islam Madinah wujud berasakan perlembagaan Madinah. Undangundang utama yang digunakan ialah Al- Quran. Segala keputusan negara dilakukan melalui konsep syura. Masjid menjadi institusi yang penting dalam kerajaan Madinah.

8. Nilai-nilai Positif :
a. Dalam masyarakat jahiliah terdapat nilai-nilai positif seperti menghormati tetamu, berpegang teguh kepada janji, memberi perlindungan kepada Nabi Muhammad s.a.w. seperti yang dilakukan oleh Bani Hashim.
b. Dalam masyarakat Islam nilai-nilai ini diperkukuhkan selaras dengan nilai-nilai Islam.

9. Amalan Ekonomi.
a. Jahiliyah amalkan riba, pencurian dan penipuan. Jua beli berhala adalah ekonomi yang penting dan menguntungkan.
b. Islam mengharamkan riba dan mewajibkan urusan jual beli. Ada akad dalam urusan jual beli. Barangan yang diharamkan tidak boleh dijual beli seperti arak,patung berhala, dll.


Kesimpulan :
Perbezaan yang ketara, zaman jahiliyah berlandaskan nafsu dan dalam zaman Islam berdasarkan wahyu daripada Allah s.w.t


Monday, January 17, 2011

huraikan ciri-ciri utama masyarakat Arab pada zaman Jahiliyah

A. PENGENALAN.
  
Definisi jahiliah – drp Bhs. Arab ‘jahala’, ‘jahlatun’ iaitu ‘bodoh’ atau ‘sesat’ ;

a. zaman kegelapan yang tiada kesejahteraan hidup.
b. Masyarakat zaman ini tidak ada nabi dan kitab suci sebagai petunjuk.
c. Tidak mempunyai peradaban.
d. Tidak berakhlak, angkuh dan bongkak.
e. Tidak boleh membaca dan menulis.

Era Jahiliah : bermula selepas keruntuhan Empangan Maarib 300m hingga tahun 610m slps penerimaan wahyu pertama oleh Nabi Muhammad s.a.w.

B. ISI – ISI PENTING.

1. CIRI – CIRI MASYARAKAT ARAB JAHILIAH. 

Aspek agama dan kepercayaan.
Terdapat pelbagai agama dan kepercayaan di Semenanjung Tanah Arab termasuklah Majusi, Nasrani, Yahudi dan Hanif, Berhala, Animisme dan Tahyul. Kepelbagaian ini berlaku kerana adanya pengaruh asing di samping menaruh harapan yang tinggi terhadap alam sekitar yang dipercayai dapat mengawal dan membantu kehidupan seharian.

Kepercayaan Majusi disebarkan oleh orang Parsi yang menjajah Bahrain, Oman dan Yaman. Masyarakat Arab di kawasan ini turut memuja api sebagaimana diamalkan oleh Masyarakat Parsi
Agama Nasrani disebarkan oleh orang – orang Rom yang menjajah Hirah dan Ghassan di utara Semenanjung Tanah Arab, mereka mempunyai kitab suci tetapi ajaran yang dibawa oleh Nabi Isa a.s telah dipinda berdasarkan kefahaman mereka sendiri. Najran merupakan pusat agama ini.

Agama Yahudi disebarkan oleh saudagar – saudagar yang berasal dari Palestine. Penganut asal agama ini ialah Bani Israeil. Mereka mempunyai kitab suci tetapi ajaran yang dibawa oleh Nabi Musa telah dipinda oleh orang – orang Yahudi. Mereka membohongi masyarakat Arab, dengan menyatakan agama mereka benar daripada Allah s.w.t. Agama Yahudi bertapak di Yaman dan Madinah.

Di samping itu terdapat segelintir orang Arab yang menganut ajaran yang dibawa oleh Nabi Ibrahim a.s digelar Hunafa dan bertempat Makkah. Nabi Ibrahim dan puteranya Nabi Ismail a.s sampai di Makkah lebih awal. Maka ajaran Hanif mendahului ajaran Yahudi dan Nasrani di Arab

Penganut agama – agama dari langit iaitu Hanif, Nasrani dan Yahudi dikalangan masyarakat Arab tidak ramai, mereka menjalani kehidupan berdasarkan ajaran yang dianuti kecuali penganut Yahudi didapati lebih kejam terhadap penganut ajaran lain

Kepercayaan yang paling dominan di kalangan masyarakat Arab ialah penyembahan berhala. Penyembahan berhala muncul selepas kewafatan Nabi Ismail a.s Masyarakat berkehendakkan perantara bagi menghubungkan mereka dengan Allah s.w.t Mereka mencipta berhala – berhala daripada kayu – kayu dan batu dan diletakkan dikeliling Kaabah. Penyembahan berhala muncul lebih awal dari agama Nasrani dan Yahudi. Masyarakat Arab menganggap penyembahan berhala adalah amalan nenek moyang mereka yang perlu dipertahankan.

Di samping mempercayai berhala, masyarakat Arab percaya kepada animisme dan tahyul. Objek cakerawala dan objek di bumi disembah sebagai menandakan pengharapan dan terima kasih ke atas apa yang mereka terima. Mereka memuja tukang tilik dan percaya tanda – tanda baik dan buruk yang ditunjukkan sesuatu objek

Kepelbagaian dalam agama turut menyumbang kepada amalan – amalan lain yang berbagai rupa termasuk amalan berpolitik, berekonomi dan bersosial.


Aspek Politik dan pentadbiran.
Tidak terdapat struktur pentadbiran/politik yang tetap dan jelas dikalangan masyarakat Arab di bahagian utara dan selatan. Hirah dan Ghassan di utara telah dijajah oleh kerajaan Rom dan Yaman di selatan di kuasai oleh kuasa Rom dan Parsi. Masyarakat Arab di kawasan ini bercelaru dari aspek pentadbiran, mereka tidak mampu melawan penjajah dan sentiasa kalah. Di bahagian selatan iaitu ketika kerajaan Himyar, anak tempatan diberi jawatan tetap tetapi statusnya hanya boneka kepada kerajaan Parsi.


Di Makkah, struktur politik masyarakatnya agak jelas. Terdapat Majlis Tindakan ( Darul Nadwah ) oleh jabatan – jabatan pentadbiran dan ada pemimpin yang bergelar Sheikh. Namun ciri – ciri politiknya mempunyai unsur – unsur jahiliah. Mereka mengamalkan politik berkabilah yang membawa kepada perebutan kuasa yang hebat. Suasana pentadbiran menjadi gawat dan tidak tenteram. Berlaku diskriminasi puak, memuja kuasa, bersifat agresif, pendendam dan ingin menguasai puak – puak lain. Perebutan kuasa antara bani berlaku bagi mendapatkan kuasa mentadbir Jabatan Haji, perdagangan dan ketenteraman yang amat penting. Di samping itu ketua – ketua suku terpaksa membentuk majlis ketua – ketua suku iaitu Mala’ tetapi golongan berpengaruh berjaya mempengaruhi keputusan Mala’ dan menjaga kepentingan kaum yang lemah. Kecelaruan politik masyarakat Makkah berlaku apabila golongan bangsawan iaitu pentadbir lebih cenderung untuk bergiat aktif dalam perdagangan untuk mencari kekayaan.
Permusuhan antara suku atau kabilah telah membawa peperangan di kalangan masyarakat Arab Jahiliah. Peperangan ini dikenali sebagai Ayyamul Arab. Perang balas dendam sering berlarutan. Contohnya Perang Al-Basus berlarutan selama 40 tahun.


Aspek Ekonomi.
Perdagangan merupakan kegiatan ekonomi utama masyarakat Arab bandar. Hubungan perdagangan di antara bandar di Syria dengan di Yaman di selatan memberi nafas kepada bangsa Arab. Namun akibat penjajahan oleh Rome ke atas Syria oleh Parsi ke atas Yaman. Perdagangan Arab turut terjejas, saudagar Arab Makkah menghadapi kesan itu dengan pelbagai cara. Mereka mengeksport perdagangan satu hala dengan suku Badwi yang menternak binatang. Cara hidup Badwi berpindah randah mendatangkan kesukaran kepada saudagar Makkah. Suku Badwi sentiasa menyerang saudagar atau kafilah yang melalui kawasan mereka sebagai tanda tindak balas ataupun untuk memenuhi desakan kebendaan.

Ketika Makkah dipimpin oleh Abdul Manaf, urusan perdagangan diagihkan tugas kepada anak – anaknya. Misi – misi perdagangan dihantar ke Syiria, Habsyah, Yaman dan Parsi. Barang rempah, permata, emas, sutera dan lain – lain diimport. Manakala berhala, buah tamar, kulit binatang dan lain – lain dieksport melalui pelabuhan – pelabuhan. Pada zaman Hashim bin Abdul Manaf ( Moyang Nabi Muhammad s.a.w ) perjanjian perdagangan dua hala dengan Maharaja Byzantine dan Parsi diwujudkan. Pakatan dagangan juga diwujudkan dengan kabilah di Yaman dan Syam. Sistem perniagaan bermusim juga diwujudkan bagi meneruskan kegiatan perdagangan. Musim sejuk pedagang Makkah akan ke Yaman dan pada musim panas mereka akan ke utara ( Syam ).

Pasar – pasar diadakan di Makkah dan sekitarnya. Barangan bijirin, buah – buahan, pakaian, hamba abdi yang tidak ditebus setelah mereka kalah berperang dan barangan lain dijual di pasar – pasar. Sistem tukar barang diamalkan. Penipuan dan riba turut berleluasa.


Aspek Politik.
Struktur sosial masyarakat Arab agak mudah, terdiri daripada golongan bangsawan dan hamba. Golongan bangsawan wujud di bandar. Mereka berpuak – puak berdasarkan pertalian darah dan semangat assabiyah amat tebal. Setiap puaknya melantik seorang sheikh di kalangan mereka dan menjadi ketua bagi kabilah itu. Hamba pula dibeli untuk dikerah bekerja. Suku Badwi pula hidup berpuak – puak dan ketua puak dipilih di kalangan anggota yang berpengaruh. Sistem berkabilah ini bermula dari satu keluarga dan kemudiannya bergabung menjadi keluarga besar disebut bani. Suku Badwi tidak wujud bani kerana kehidupan mereka yang sering berpindah randah dan mereka percaya semakin kecil sesuatu kelompok semakin kuat masyarakatnya.

Semangat Assabiyyah menyuburkan ciri – ciri jahiliah. Tingkah laku mereka kasar terhadap puak lain. Peperangan mudah berlaku walaupun disebabkan oleh perkara – perkara kecil. Peperangan dilakukan untuk menguji kekuatan dan mengejar nama. Pernah berlaku peperangan yang berlangsung lama dan pihak yang kalah akan ditawan dan dijadikan hamba abdi. Keadaan ini diburukkan lagi oleh campurtangan Rom dan Parsi yang sentiasa cuba menguasai wilayah ini.

Aspek Sosial
Masyarakat Jahiliah mementingkan kelas dalam masyarakat. Golongan bangsawan merupakan golongan tertinggi dan dipandang mulia. Dalam masyarakat Arab Jahiliah amalan perhambaan berlaku secara meluas. Mereka tidak mempunyai hak ke atas diri sendiri. Mereka dikehendaki berkhidmat kepada tuan mereka. Perdagangan hamba berlaku secara meluas. Kekejaman ke atas para hamba berlaku sekiranya para hamba tidak mengikut kehendak mereka. 

Akhlak yang runtuh dan tingkah laku yang kasar dan menurut peraturan dan undang – undang hawa nafsu menyebabkan tindakan mereka dilakukan tanpa kawalan. Golongan bangsawan menikmati kehidupan mewah dengan melibatkan kegiatan perjudian, pelacuran dan pembunuhan. Masyarakat Arab Jahiliah mengamalkan nilai akhlak yang buruk seperti berzina, melacur, membunuh, minum arak dan berjudi. Nilai-nilai buruk ini telah sebati dengan kehidupan mereka.

Masyarakat Arab Jahiliah memandang rendah kepada golongan wanita. Fungsi mereka hanyalah sebagai alat kepada kaum lelaki. Mereka dianggap sebagai barang dagangan dan ada di kalangan mereka yang kematian suami, menjadi rebutan anak-anak lelaki suami mereka. Keadaan ini menyebabkan suku bani Tamim telah menanam bayi perempuan bagi mengelakkan mereka dipandang rendah. Wanita dipandang hina. Bayi perempuan ditanam hidup – hidup bagi mengelakkan kesempitan hidup atau menanggung malu. Walaubagaimanapun terdapat keluarga yang menyayangi anak perempuan mereka. Darun Nadwah dijadikan tempat keramaian bagi mengisytiharkan anak perempuan mereka sebagai perempuan dewasa apabila sampai tempoh akil baligh.

Aspek Ilmu Pengetahuan 
Kebanyakan orang Arab Jahiliah buta huruf. Walaupun terdapat di kalangan mereka saudagar – saudagar atau pedagang luar lebih maju tetapi pedagang Arab tidak mengambil peluang untuk aktiviti perdagangan yang lebih menguntungkan. Selain keuntungan mereka mengejar keseronokan. Kemahiran bersyair dan bersajak hanya digunakan untuk meluahkan perasaan melalui kata – kata yang terhasil melalui pemikiran yang spontan. Daya hafalan yang tinggi dan keupayaan berkhutbah hanya melibatkan perkara – perkara yang berkaitan dengan lampau yang kurang berkualiti ilmiahnya. Di kalangan masyarakat Arab yang terkenal kerana kebijaksanaan berniaga, hanya 17 orang sahaja yang boleh membaca dan menulis. Faktor sikap saling membenci dan sering bertelagah dan juga berperang menyebabkan ruang untuk menimba ilmu pengetahuan menjadi tertutup. Dengan itu ciri – ciri kejahilan sangat ketara di kalangan mereka.

Nilai – nilai positif dan mulia masyarakat Arab jahiliah. 
Walaupun orang – orang Arab jahiliah digambarkan dengan penuh kejahilan dan kesesatan, namun orang Arab jahiliah memiliki sifat – sifat positif dan mulia. Mereka amat menghormati tetamu yang datang berkunjung ke tempatnya. Mereka akan melayan tetamu dengan memberikan jamuan yang hebat. Ada kalanya mereka sanggup berhutang semata – mata ingin menghormati tetamu yang datang walaupun tetamu itu adalah musuhnya. Di samping itu orang Arab amat berpegang teguh kepada janji yang telah dikotakan. Mereka akan menunaikan janji walau pun melibatkan soal keselamatan nyawa. Orang – orang Arab Jahiliah juga memiliki sifat – sifat positif yang lain antaranya menghormati dan mentaati pemimpin

Kesimpulan
Kehidupan masyarakat Arab Jahiliyah berubah selepas penyebaran Islam oleh Nabi Muhammad s.a.w. Mereka mentauhidkan Allah dan mengamalkan nilai-nilai Islam dalam kehidupan mereka.